Biologi am Ayam_pedaging

Anak ayam sehari.

Ayam pedaging komersial moden, misalnya baka kacukan Cornish dan Cornish-Rocks[petikan diperlukan], dipilih dan dibiakbakaan untuk pengeluaran daging cekap secara besar-besaran. Biarpun sama spesies, ia tumbuh lebih cepat daripada ayam penelur atau baka dwikegunaan tradisional. Ayam pedaging tumbuh dengan deras sekali, mencatat nisbah penukaran pakan yang tinggi, serta tahap aktiviti yang kurang cergas. Ayam pedaging komersial moden diternak untuk mencapai berat sembelih sekitar 2 kg dalam hanya 35 hingga 49 hari.[18][19] Ayam kampung dan organik yang tumbuh lambat pula diternak untuk mencapai berat sembelih pada umur 12 hingga 16 minggu. Kesannya, kelakuan dan fisiologi ayam pedaging lebih menyerupai ayam dara/teruna daripada dewasa.

Ayam pedaging biasa berbulu putih dan berkulit kekuningan. Analisis genetik baru-baru ini mendapati bahawa gen kulit kuning diterapkan ke dalam ayam bela jinak menerusi pengacukan dengan ayam hutan kelabu (G. sonneratii).[20] Kacukan moden juga digemari untuk pengeluaran daging kerana tiada bulu sisa yang ada pada kebanyakan baka yang perlu disiut selepas cabut bulu. Kedua-dua jantina diternak untuk daging.

Kelakuan

Oleh kerana sama spesies dengan ayam penelur, mula-mula ayam pedaging sama perilakunya, namun kelakuan ayam pedaging diubah suai oleh persekitaran dan berubah sejajar dengan peningkatan umur dan beratnya. Contohnya, ayam pedaging yang dibela di lapangan mula-mula lebih cergas daripada yang dibela tertutup, tetapi mulai umur 6 minggu merosot hingga setara untuk semua kumpulan.[21] Kajian yang sama mendapati ayam lapangan kurang menggunakan ruang dan kemudahan tambahan seperti hingappan, maka diusulkan bahawa sebab utamanya adalah kelemahan kaki kerana 80% ayam didapati ada keabnormalan gaya jalan pada umur 7 minggu.

"Ayam daging biak baka" yang diternak untuk menyuburkan dan mengeluarkan telur untuk anak yang diternak untuk dimakan, melakukan kelakuan mengawan yang serupa dengan jenis-jenis lain. Adanya jantan berkasar dengan jantan, jantan berkasar dengan betina, betina berkasar dengan betina, jantan menari, betina mendekam, jantan menunggang betina, dan persetubuhan. Kelakuan-kelakuan ini jarang kelihatan berbanding jenis ayam yang lain.[22] Kajian kekerapan semua kelakuan seksual menunjukkan ayam makin tua makin kurang cergas, menandakan kemerosotan libido. Penyusutan libido ini tidak cukup untuk menjelaskan kurangnya kesuburan ayam jantan yang berat badan pada umur 58 minggu dan barangkali adalah kesan daripada ayam jantan tua-tua begini yang entah bagaimana mengganggu pemindahan air mani sewaktu persetubuhan yang silap-silap kelihatan normal sahaja.[23]

Fisiologi

Nosiseptor yang bertindak balas terhadap rangsangan berbisa telah dikenal pasti dan disifatkan dari segi fisiologi dalam pelbagai anggota ayam, termasuklah paruh, mulut, hidung, kapsul sendi dan kulit. Rangsangan pada nosiseptor ini menyebabkan perubahan kardiovaskular (jantung) dan perilaku yang sejajar dengan yang terdapat pada mamalia dan menandakan keterasaan nyeri. Eksperimen fisiologi dan kelakuan telah mengenal pasti masalah kesakitan teramat selepas merapikan paruh anak ayam, merantai kaki, mencabut bulu dan pencemaran alam sekitar.[24]

Rujukan

WikiPedia: Ayam_pedaging http://www.economist.com/blogs/dailychart/2011/07/... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S... http://www.fas.usda.gov/psdonline/circulars/livest... //doi.org/10.1016%2F0168-1591(90)90137-3 //doi.org/10.1016%2Fj.applanim.2011.10.023 //doi.org/10.1016%2Fj.theriogenology.2008.09.019 //doi.org/10.1016%2Fs0378-4320(00)00160-3 //doi.org/10.3382%2Fjapr.2009-00061 http://www.uspoultry.org/faq/docs/industryFAQ.pdf